Semua perkara tentang SEO Malaysia yang anda wajib tahu

SEO Malaysia | Checklist Finding SEO Expert

Checklist SEO Malaysia

Introduction

Saya Faiz Azizan bermula start 2012 di Semuanyabola sebagai content writer. Pada masa saya juga menyumbang penulisan di The Vocket, MajalahLabur, Teroqa, Fox Sport, Smart Investor. Tak cukup dengan itu saya juga seorang researcher yang menulis paper journal articles untuk Masters. Tambahan, saya juga suka menulis di Twitter, tak terbilang beberapa kali konten saya masuk media digital seperti SiakapKeli, World of Buzz, Says.

Dipendekkan cerita, lama saya menulis di media digital ini cuma bezanya saya gabungkan dengan kemahiran teknikal SEO SEM. Bermula dari situ, saya mula buat side project dengan mengajak rakan membuka studio fotografi dan generate lead menggunakan SEO dan SEM sahaja.

  • Tawaran job 6 angka
  • Membuat campaign media untuk syarikat korporat dan startup

Walhal saya tiada pengalaman langsung dengan bidang fotografi.

Bagi memenuhi masa, saya menulis blog SEO sendiri iaitu Investor.my sebuah portal kewangan pelaburan sekitar tahun 2017. Akhirnya tahun 2020 dibeli oleh syarikat pelaburan saham tempatan dengan jayanya.

Investor.my semata-mata fokus SEO sahaja.

Sebenarnya banyak case study yang saya mahu kongsikan, anda boleh baca terus di halaman di bawah.

Google SERP Spot

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang Search Engine Optimization (SEO) servis, kita tetapkan terlebih dahulu apa fokus kita apabila melaburkan sejumlah wang untuk Google Marketing. Harus diingatkan untuk Search Engine Google (SERP) , ada 3 bahagian utama dan ini fakta yang kita kena terima. Anda boleh semak di search engine jika tidak percaya:

  • Hanya ada 3-4 spot untuk Google Ads di halaman carian Google bahagian atas dan 3 lagi di bahagian bottom page.
  • Hanya 3 tempat untuk Google Business Profile.
  • Cuma ada 10 tempat untuk website URL di SERP.

Menurut kajian dari pakar SEO, pelanggan cuma melihat 50% dari halaman SERP untuk membuat keputusan. Di sinilah pentingnya positioning kita dalam menggunakan SEO sebagai alat pemasaran.

Membina konten SEO On-page

Fakta:Menurut Google, average content yang rank : 1000 word above Menurut SEO Analyst, web yang ada posting lebih 50 posting lebih mudah rank. Web yang rank mempunyai setidaknya 70 konten. Apa perkara yang dirangkumkan dalam konteks SEO On-Page;


⚡Menulis content mengikut kriteria terutama EEAT & YMYL
⚡Setting H1,H2, H3 dan paragraph dengan baik
⚡Make sure bukan duplicate content copy paste mana mana.
⚡Image tag etc etc

Contoh anda buat servis travel ke China, create 10 artikel yang setiap satunya 1000 word. Anggaran harga bermula RM400 untuk 1 artikel panjang lebih kurang 1000 word.

Servis #2 - Local SEO

Google mengeluarkan Google Biz Profile secara percuma. Siapa paling patut guna Google Biz Profile:

  1. Kedai makan
  2. Services-Based Business
  3. As long as ada premis

Tapi ada caranya.

  • Nama jangan terlalu panjang
  • Nama tempat letak di belakang services
  • Make sure ada alamat premis dan jika bekerja dari rumah, make sure ada space workstation anda.
  • Jangan minta review terlalu dekat.

Membina Google Business Profile dan optimize supaya lebih dipercayai pelanggan. Proses mengoptimisasi itu memerlukan usaha yang tak kurang hebatnya. Harga bermula serendah RM1000 sebulan, update dan optimize.

Servis #3- Web Optimization

Google suka web yang laju, web yang bermasalah sukar untuk rank disebabkan Google terpaksa keluarkan resources yang banyak untuk memproses web anda. Disebabkan itu Google akan mengutamakan web yang sudah optimize tetapi jangan risau, kami boleh membantu anda.

Servis #4 - Backlink Building

Yang membezakan sebuah website dan web yang lain adalah Authority. Enjin carian akan melihat web yang bagus optimization score dan authority barulah pergi kepada metric yang lain. Bagaimana mahu membina authority?

Sama ada tuan puan membina konten sendiri dan berbelanja menyebarkan konten tersebut di social media.
Tuan puan membuat backlink di website lain. Jika di social media, kita ada shout out posting. Dalam erti kata lain, saya post sesuatu saya tag orang lain dalam posting tersebut. Konsep yang sama dalam search engine tetapi itu dipanggil backlink building.

Saya bagi situasi mudah. Katakan tuan puan mempunyai personal blog tentang cara penjagaan rambut. Kemudian ada kawan tulis posting kemudian tag tuan puan as credit. Itu contoh mudah analogi backlink.

The other version of shout out. Website A → Website B

Backlink ada banyak jenis tapi paling penting jangan guna spammy link.

  • Edu
  • Press Release
  • Media Outlet Reach
  • Social Bookmarking
  • Guest Posting

Agak berisiko.

Biasanya profesional guna beberapa perkara untuk melihat profile sesebuah website tersebut. Antaranya:

⚡Domain Rating
⚡ Domain Authority
⚡ Page Autority
⚡ Spam Score

Dan banyak lagi untuk mengukur satu satu domain bagus atau tidak..

Servis #5 - Technical SEO

Ini bukan semua bisnes perlukan sebenarnya tetapi majoriti syarikat teknologi perlukan ini bagi membuat keputusan yang lebih data-driven. Objektif technical seo ini adalah memastikan web kita sentiasa diindex oleh Google.

Apakah tugasan di bahagian technical SEO:

⚡Conduct an SEO audit.
⚡Sitemap & robots.txt
⚡Optimize crawl budget
⚡Meta Tag
⚡Slug
⚡Sitespeed & Web Optimization
⚡Schema Markup
⚡Duplication (Using canonical tags)
⚡For international users, href tags
⚡Fix errors (Check console)
⚡Improve Core Web Vitals:
⚡Analyze server log (log analysis)
⚡Analytics & Reporting (Data Pipeline Azure, GCP & AWS)

Cuma untuk ecommerce companies, sebaiknya fokus juga kepada Conversion Rate Optimization (CRO). Tambahan info, ada beberapa tools percuma yang dikeluarkan oleh Google untuk kita guna pakai.

Google Tag Manager untuk track butiran yang kita ingin lihat dalam website. Anda mungkin boleh baca panduan Google Tag Manager pernah saya tulis di sini.

Baca: Panduan Google Tag Manager 2024

Google Search Console: Boleh melihat web statistik berdasarkan carian pengguna Google. Contohnya keyword query, sitemap indexing, web errors dan lain lain.

Google Analytics : Berbeza dengan Google Search Console, GA4 bertujuan melihat data statistik berkait dengan pelanggan. Contohnya data demografik, data device dan lain lain.

Ramai juga yang tanya berapa return saya dapat lepas invest di SEO?

Pandangan ikhlas:

SEO sepatutnya kita fokus khusus untuk jangka masa panjang. Andaikan setahun develop SEO, kemudian tuan puan rank halaman #1 selama 1 tahun.

Katakanlah tuan puan sebelum ni labur RM3000 sebulan untuk Google Ads ditambah gaji Google Ads marketer RM1500. RM5000 x 12 bulan = RM60k.

Assume tahun ke-2, tuan puan dah tak perlu labur sebanyak itu sebab dah rank secara organik. Menarik kan?

Katakan juga Google adalah channel marketing utama tuan puan.Bayangkan orang tanya dekat mana lokasi bisnes tapi kita tiada dalam senarai. Satu kerugian yang besar. Buat SEO ini modal sekali dan jika anda berjaya rank, masuk tahun ke-2 tuan puan dah boleh sedikit santai.

InshaAllah.

Penutup:

Andai tuan puan memerlukan perkhidmatan SEO atau sebarang nasihat mengenai Digital Marketing terutamanya SEO dan Google Ads, boleh terus hubungi no tertera di halaman utama web Faiz Azizan (601125537980) atau whatsapp terus dengan klik di sini.