Panduan Asas Google Tag Manager GTM 2024

Google Tag Manager atau singkatan GTM merupakan sistem pengurusan tag yang memudahkan kerja pengguna untuk mengesan dan menganalisa website ke dalam bentuk laporan. 

Pelbagai contoh situasi kita boleh buat dengan GTM. Antaranya:

  • Mengesan conversion
  • Membuat kempen remarketing
  • Track outbound link di salespage
  • Mengesan nilai pelanggan add to cart 
  • Mengesan lead submission form

Dan banyak lagi sebenarnya. Jadi apakah prerequisite sebelum menggunakan GTM?

Anda perlu pasang base code iaitu paste ‘head and footer’ code yang diberikan GTM saat anda mendaftar akaun. 

Untuk pengguna WordPress anda ada beberapa pilihan:

Guna plugin GTMWP vs guna Header Footer manager vs terus paste di file .php

Pada pendapat saya, setiap satu itu ada kelebihannya sendiri. Misalnya jika guna plugin, autopush datalayer manakala option lain memerlukan developer untuk push data layer secara manual. Pada hemat saya, lebih bagus jika kita ada sedikit pengetahuan HTML-CSS-JS

  • HTML untuk memahami struktur website
  • CSS untuk faham element yang ada dalam website
  • JS untuk faham interaksi dalam website

Anatomi GTM

  • Create container 
  • Add admin

Setting terlebih dahulu GTM -> Website Anda

Pengenalan:

1. Tag: Code event yang dihantar ke 3rd party website untuk dapatkan informasi.

2. Trigger: Pemicu untuk menggerakkan sesebuah tag tadi. Contoh: Click etc etc

3. Variables: Dulu disebutkan macros tetapi bahasa mudahnya variables adalah code beroperasi yang digunapakai berkali-kali dalam tag.

Variables -> Tag —–> Event (GA4)

Template:

Kalau pergi ke bahagian template gallery, sudah ada pelbagai template tag yang dibuat oleh developer. Harus disemak terlebih dahulu sebelum guna dikhuatiri akan memberikan kesan lain terhadap website.

Biasakan dengan debugMode & debugView . Gunakan preview di GTM kemudian double check di GA4 debugView.

Untuk lebih kefahaman, saya berikan contoh berbentuk task yang umum biasa berlaku dalam landskap bisnes SME Malaysia. Contoh tugasan:

Anis seorang peniaga menggunakan salespage. Beliau tiada ecommerce kerana sales datang dari whatsapp. Jadi apa yang Anis perlu track?

Jawapan: Outbound Clicks.

Apa setup GTM yang perlu dibuat?

  1. Create tag: Outbound Click (Whatsapp)
  2. Set Variables: AutoEvent Variable 
  3. Firing Trigger:When AEV is TRUE

Contoh task 2:

Hawa Rizwana mempunyai website Ecommerce menggunakan React JS. Ingin track berapa jumlah 

Apa yang perlu dilakukan:

  1. Minta developer push data layer
  2. Create tag tracking purchase
  3. Trigger: When event is firing

Paling kritikal untuk GTM ni adalah kita track subdomain + iframe (form submission) dan melibatkan kerja custom scraping menggunakan script JS.

Tapi tidak perlu khuatir hal tersebut, biasanya SME akan menghadapi 2 isu tersebut sahaja. Tracking ecommerce end di purchase (/thank-you) page dan untuk mereka yang menggunakan salespage biasanya akan track (outbound click)

Harap bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *