Servis SEO Malaysia | Semak Jika Anda Salah Satu Dari 14 Industri Ini

Adakah Syarikat Anda Termasuk Dalam Industri Yang Wajib Guna Servis SEO?

Senarai Industri Untuk SEO Services Di Malaysia

Apa itu SEO

SEO merujuk kepada search engine optimization salah satu cabang penting dalam pemasaran digital (digital marketing). Secara mudah, tuan puan search sesuatu di kotak carian, itulah konsep SEO. Di dunia sekarang, Google mendominasi pasaran enjin carian sehingga 90%. dan apa perkara penting dalam SEO ?

  • Keyword research
  • Backlink building
  • SEO analysis
  • Web analytics
  • Content marketing
  • Local SEO

Bagaimana SEO mampu membantu bisnes anda

Kata seorang academician terkenal Daniel Kahneman, pembelian cuma berlaku apabila kita mempunyai full information.

Dengan SEO tuan puan mampu membekalkan full information kepada prospek tuan puan tanpa perlu fikir apa apa. Bahasa mudahnya tuan puan consult mereka melalui konten artikel seo tuan puan.

Richard Kord kata fokus “20% perkara yang mendatang 80% hasil”.

Tanpa membuang masa, saya kupaskan industri yang boleh memanfaatkan menggunakan SEO dan ‘playbook’ SEO supaya anda tak perlu bakar duit membazir dengan perkara yang tidak berkesan.

Senarai Industri & Playbook SEO

Hartanah

Hartanah satu kategori yang sangat kompetitif dalam Google. Ini berpunca dari big money yang tahu bahawasanya jika mereka boleh dominasi di Google tentu nilai intrinsic syarikat pemaju tersebut meningkat dan jualan pun terhasil. Hasil pemahaman itulah yang menyebabkan mereka berbelanja besar di SEO.

Antara minat orang ramai adalah:

  • jenis pemilikan
  • risiko beli rumah
  • cara buat loan rumah
  • kesilapan utama beli rumah

Banyak lagi perkara yang boleh kita huraikan dalam website hartanah tersebut.

Kesihatan

Dalam pendidikan pula, SEO memainkan peranan apabila pengguna ingin mencari tempat belajar. Saya ambil contoh kelas mengajar mengaji, pusat tuisyen, kelas mandarin, kelas bahasa perancis dan sebagainya.

Apa yang kita perlu ketengahkan dalam artikel SEO ?

  • Kredibiliti guru yang mengajar
  • Berapa ramai yang turut serta
  • Berapa yang berjaya
  • Berapa orang dalam 1 sesi
  • Apakah sukatan pelajaran
  • Berapakah yuran

Harus faham yang penting dalam pendidikan adalah semakin besar ruang untuk murid berjaya, semakin tertarik pelanggan dengan kelas anda.

Contohnya dalam case study saya: Celik Quran mengajar kelas quran secara personal, dalam tempoh satu masa meningkat 20-30%.

Pendidikan

Dalam pendidikan pula, SEO memainkan peranan apabila pengguna ingin mencari tempat belajar. Saya ambil contoh kelas mengajar mengaji, pusat tuisyen, kelas mandarin, kelas bahasa perancis dan sebagainya.

Apa yang kita perlu ketengahkan dalam artikel SEO ?

  • Kredibiliti guru yang mengajar
  • Berapa ramai yang turut serta
  • Berapa yang berjaya
    Berapa orang dalam 1 sesi
  • Apakah sukatan pelajaran
  • Berapakah yuran

Harus faham yang penting dalam pendidikan adalah semakin besar ruang untuk murid berjaya, semakin tertarik pelanggan dengan kelas anda.

Contohnya dalam case study saya: Celik Quran mengajar kelas quran secara personal, dalam tempoh satu masa meningkat 20-30%.

Makanan

Untuk makanan pula, kena teliti semula apakah kita makanan khas untuk tempatan atau makanan ruji biasa seperti di kedai mamak dan kedai makanan padang?

Jika makanan khas setempat, tuan puan boleh target pelancong luar yang datang ke tempat tuan. Sebagai contoh,saya pernah menulis tentang tarikan ikan patin di Temerloh di The Vocket dan artikel tersebut sudah rank top di Google selama 4 tahun.

Antara perkara yang lain yang perlu dilihat adalah lokasi, tempat parkir, surau dan juga review dari pelanggan. Manfaatkanlah Google Business Profile yang percuma. Kumpulkan semua review pelanggan anda.

Teknologi

SEO untuk sektor teknologi juga menarik kerana ada 2 bahagian penting dalam teknologi. Pertama servis teknologi seperti app development, web design, AI development dan lain lain.

Apa yang kita perlukan adalah menyediakan artikel berbentuk Do It Yourself (DIY) sahaja. Apabila pengguna mendapat value kemudian mereka akan lebih menghargai anda. Contohnya, tutorial buat landing page untuk peniaga SME. Berapa ramai yang akan menghargai konten seperti itu.

Lantas menjadikan anda lebih berkredibiliti kerana menyediakan konten yang bernilai tinggi.

Bahagian kedua dalam teknologi adalah produk tech yang menyasarkan B2B atau B2C. Dalam permainan ini, kita perlu lakukan hal yang sama iaitu menyediakan konten bernilai tinggi tetapi perlu juga melakukan optimization pada product page.

Bahasa mudahnya; conversion rate optimization.

Klinik Setempat

Berbanding produk kesihatan, klinik lebih sesuai untuk positioning di Google. Ini kerana, orang akan mencari klinik untuk dapat rawatan. Justeru, jika anda ada klinik, manfaatkan sepenuhnya Google Business Profile dan buat konten artikel SEO yang patut seperti;

  • Penjelasan mengenai rawatan yang disediakan
  • Apakah simptom bagi penyakit
  • Proses rawatan bagi sakit tertentu

Jika pesakit faham anda mempunyai solusi, tentunya mereka akan terus ke klinik anda.

Firma Guaman

Sebagai peguam, ramai yang salah anggap tidak boleh berkongsi. Sebenarnya boleh dengan cara konten anda tadi ditulis dalam artikel SEO.

Contohnya konten mungkin tentang:

  • Prosedur uruskan kes mahkamah
  • Cara tuntut hutang dengan tribunal
  • Cara tuntut nafkah dan sebagainya (peguam syariah)

Jadi ramai yang mahukan konten mencari konten sebegini di Google seterusnya menaikkan kredibiliti anda sebagai peguam.

Pelancongan

Banyak perkara boleh ditulis mengenai pelancongan lebih lebih lagi melibatkan makanan atau tempat menarik. Contohnya Melaka yang terkenal dengan asam pedas, Kelantan terkenal dengan makanan yang luar biasa sedap.

Apabila orang melancong, mereka akan jumpa artikel tersebut terlebih dahulu.

Engineering

Playbook SEO untuk engineering pula berbeza. Kita pecahkan kepada dua bahagian iaitu produk dan servis. Jika anda fokus kepada produk, mungkin anda boleh artikel SEO fokus kepada perbandingan produk dalam satu kategori atau tulis mengenai

Produk contohnya solar energy ev-related dan sebagainya. Ini memerlukan banyak artikel SEO berbentuk kesedaran atau educate.

Jika servis, ia lebih straight forward kerana anda perlu menulis artikel mengenai masalah dan bagaimana solusi anda menyelesaikan masalah yang pelanggan hadapi

Renovation & Construction

Siapakah pelanggan yang harus anda santuni sebenarnya, tentulah mereka yang mempunyai kemampuan kewangan. Jadi bagaimana pelanggan berfikir?

Apabila hal berkaitan rumah, mereka perlukan visual yang menarik.

Justeru, artikel SEO anda perlu tulis mengenai prosedur dan contoh contoh yang mampu memberikan input sedikit sebanyak kepada pelanggan. Mungkin anda membina SEO konten seperti cara mengira bajet buat rumah, cara buat rumah atas tanah sendiri pasti ramai yang suka membacanya

Servis Baikpulih & Selenggara

Antara ramai yang terlepas pandang adalah servis baikpulih dan selenggara. Mungkin kerana kerjanya banyak di lapangan. Akan tetapi wajar kita faham permintaan pelanggan untuk kategori servis begini sangat tinggi.

Punca utama tentulah tiada kemahiran dan tiada masa. Apa yang boleh kita buat adalah menyediakan artikel SEO. Contohnya ;

  • Cara Baiki Paip Bocor
  • Cara Tukar Kapasitor Kipas Rosak
  • Kenapa Kipas Perlahan
  • Kenapa Aircond Tak Sejuk

Ini semua artikel konten SEO yang boleh anda manfaatkan.

Marketing Agency

Ini biasa kita lihat dekat video social media ramai yang memberikan tips coaching dan sebagainya. Tetapi mereka lupa manusia ada 3 jenis iaitu visual, auditory dan kinetics.

Di samping buat konten video, huraikan konten tersebut dalam bentuk tulisan pula. Kepelbagaian dalam membuat konten itu perlu dan tak sesuai jika kita sangat jumud dalam membuat strategi pemasaran.

Oleh itu, saya harap tulisan ini sedikit sebanyak memberikan kefahaman kepada tuan puan yang ingin mendominasi padang SEO. Di atas saya berkongsi mengenai on-page (¼ dari keseluruhan SEO). Setidaknya tuan puan faham how we play the game.

Saya ada sediakan servis SEO dan ianya tidak murah dan saya tak boleh jamin 100% rank tempat pertama. Sebaliknya, saya cuma jamin proses membina SEO secara betul bermula dari analisis, audit, asas seo ke teknikal SEO. Jaminan tambahan, tuan puan tidak akan ditipu dan harga diberikan itu adil. Andai berminat, boleh dapatkan butiran di halaman web utama saya di sini 

Ps:// Boleh lihat juga review di Google Business Profile [here]