seo, search engine optimization, search engine

Perlu Ke Bisnes Saya Buat SEO, Ini Artikel Lengkap Harus Anda Baca

Apabila kita mempunyai website untk bisnes, tidak lengkap rasanya kalau tidak menyertakan sekali SEO. Ramai orang agak keliru apakah yang dimaksudkan dengan SEO bahkan ada yang melihat ianya sea-akan terlalu canggih. SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization, analogi mudahnya apabila anda melakukan carian di Google, keluarlah beberapa link yang diindex. Sebagai contoh, anda search “ubat buasir” di Google, apa yang keluar itu lah SEO.

Zaman kini, rank di halaman pertama Google lebih besar nilainya dibandingkan billboard, papan tanda kedai yang besar. Semuanya di hujung cari bahkan kita hendak cari ubat pun akan gunakan Google terlebih dahulu untuk mencari klinik terdekat. Jadi sesiapa yang tidak membina SEO untuk bisnes mereka, satu kerugian yang amat besar. Membina SEO untuk anda tidaklah begitu tinggi requirement, cukup sekadar ada website yang bagus dan konten yang unik.

Ramai dikalangan client yang suka membuat website yang cantik-cantik tapi tidak cakna akan kepentingan SEO. 

Kenapa Ada Yang Cas SEO ni mahal? Bukan Google tu Free?

Biasanya di agensi mereka lebih fokus kepada SEO secara menyeluruh. Kita pergi lebih dalam mengenai SEO. SEO mempunyai 4 faktor besar yang harus kita ambil kira sebelum cerita nak rank di halaman pertama.

  • SEO On-Page

SEO On-Page adalah artikel kita yang rank di Google. Biasanya kita akan menulis artikel yang memberi nilai kepada orang ramai yang melakukan carian di Google. Dari situ, mereka akan mencari solusi dengan pergi ke website kita.

  • SEO Off-page

SEO Off-Page biasanya merujuk kepada ‘backlink building’. Apabila ada website yang lebih bagus domain authority memberikan ‘backlink’ kepada website anda, potensi untuk rank itu ada kerana ada trust.

  • SEO Technical

Bahagian ini lebih dalam kerana melibatkan perkara-perkara teknikal seperti Log Analysis, Web Scraping dan sebagainya. Di Malaysia, tidak ramai yang ke tahap ini lagi, jadi tidak perlu gusar.

  • Local Citation

Tools percuma yang diberikan oleh Google untuk para peniaga iaitu Google My Business. Register sahaja bisnes anda di sini, kemudian Google akan hantarkan PIN Code ke rumah anda. Anda Cuma masukkan pin tersebut dan nanti bisnes anda akan live di carian Google Map. Ini antara feature Google yang sering orang abaikan walhal ianya percuma dan anda boleh buat sendiri kurang dari tempoh 10 minit.

Dah faham mengenai SEO dan nak cari Profesional Servis Provider?

Untuk servis professional, sudah tentu ada harga yang perlu dibayar. Benar, Google memang percuma, tapi kos tools & servis professional harus kita faham. Bagi sesebuah agensi, kos pekerja dan operasi bisnes harus dikira sama.

Walaubagaimanapun, anda masih berpeluang untuk buat sendiri sebenarnya. Saya tunjuk cara yang murah dan mudah.

1- Bina website yang bagus.

Website yang baik mempunyai ‘design’ yang cantik dan mantap dari segi user experience. Barulah conversion rate kita lebih tinggi dan pada masa yang sama pembaca rasa seronok apabila masuk ke web.

2- Tulis konten yang selari dengan SEO requirement

Apabila kita menulis konten, ada beberapa setting yang harus dilakukan ke atas artikel. Tidak boleh main-main tulis. Sebelum mula menulis, harus ada carian keyword-topik, kajian keyword pesaing kemudian barulah masuk ke fasa menulis dan optimization.

3- Sentiasa optimize website.

Website yang bagus harus di’update’ dan di’optimize’ selalu supaya ianya lancar dan tidak terlalu lambat untuk dibuka. Akan tetapi harus diingatkan, SEO ini memerlukan jangkamasa yang Panjang dan kebarangkalian untuk rank itu ada, dan tidak rank pun ada . Servis SEO tak lain tak bukan adalah pelaburan untuk rank di halaman pertama.

Usah percaya dengan mereka yang menawarkan servis rank page pertama dengan cepat. Tidak mustahil anda akan berjumpa dengan so-called “SEO expert” yang menawarkan kepada anda tawaran yang tidak masuk akal seperti top rank di halaman Google kurang dari 3 hari. Ada di kalangan mereka yang menggunakan tools ‘blackhat’, kesannya hal ini akan membawa bahaya kepada website anda kemudian hari. Sebaiknya, saya sangat sarankan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan perkhidmatan blackhat.

Apa pun, SEO merupakan salah satu usaha dan pelaburan kita dalam bisnes. Sentiasa faham yang ada risiko untuk tidak rank. Jika kita tak buat, gagal itu sudah pasti tapi jika kita buat, potensi untuk berjaya itu ada. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada tuan puan yang sedang menjalankan perniagaan. Kongsikan dengan rakan-rakan jika anda merasakan perkara ini bagus dan wajar dikongsikan.

Jika anda sedang berhajat untuk mencari penulis artikel SEO yang berpengalaman, kami menyediakan servis artikel SEO tetapi dengan minimum 5 artikel. Andaikata tuan puan berminat boleh terus klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *