student, typing, keyboard

Perkongsian Percuma Copywriting Untuk Lonjakkan Jualan Bisnes Anda

Setiap peniaga online yang menggunakan platform iklan berbayar terutama FB Ads, Google Ads dan lain lain pasti sudah tahu dengan copywriting.Sebelum bercerita hal copywriting secara spesifik, suka untuk saya share perkara ini dengan anda. Kebiasaannya orang yang melaburkan wang dalam advertising membayangkan mereka akan untung 10 kali ganda berbanding perbelanjaan ads.

Jika difikirkan semula, boleh tetapi harus diingatkan expectation yang tinggi adakalanya mengecewakan.Sebagaimana dunia pelaburan, advertising juga tiada holygrail kerana ia berkaitan dengan sifat manusia. Dalam pengiklanan ada (3) perkara wajib yang anda perlu faham.

1- Audience

2- Copywriting

3- Creative


Mindset anda sebelum buat menggunakan platform pengiklanan.

Ads adalah pelaburan sama saja macam anda beli saham, beli futures dll.

1- Put money that you willing to burn.
2- Lower the expectation, scale up when its good.
3- Sentiasa konsisten untuk membuat kempen baru (creative+copywriting)

Sebelum itu, anggarkan berapa kena ada untuk spend ads dan tanyakan pada diri sendiri berapa sales yang kita mahu?

Ada seorang rakan saya mengatakan, kalau nak untuk 5 angka, sekurang-kurangnya modal kena 5 angka. Nak 6 angka modal haruslah 6 angka juga. Begitu logik yang boleh diterima akal.

Ada yang tertanya-tanya kenapa perlu ada copywriting yang bagus?

Tujuannya tak lain tak bukan untuk menarik minat pelanggan lantas meningkatkan jualan. Justeru, copywriting yang kita hasilkan sudah tentu mempunyai prinsip yang tinggi probability untuk convert kepada sales.


SoftSelling vs Hardsell.

Sebagai seorang pelanggan, kebiasaanya kita lebih suka untuk membaca perkara yang informative. Hal ini perlu dimasukkan dalam soft-sell.

Tujuannya adalah memberi info, memberikan maklumat dan membina trust kepada pelanggan.

Pada masa yang sama, hard-sell atau terus menjual kepada pelanggan adalah perkara yang dielakkan kecuali masa masa tertentu sahaja.

Selain itu, kenali juga jenis-jenis pelanggan anda. Biasanya terdiri daripada (3) golongan di bawah.

Cold market merupakan orang yang kita tidak kenal sama sekali. Hot market adalah kenal yang baik dengan kita manakala warm pula kenalan yang suam suam kuku tapi kenal kita.

Jika saya tidak mengenali anda (cold), sudah tentu tuan puan gunapakai copywriting berbentuk soft-selling.

Jika saya kenalan rapat (HOT market) mungkin tuan puan boleh terus berikan saya promosi berbentuk hard-sell kerana saya sudah mengenali dan mempercayai tuan puan.

Jika saya adalah (warm-market), pasti lebih baik jika saya mendapat lebih banyak info dari tuan puan.

Adakalanya kesilapan kita terlalu cepat membuat andaian copywriting tidak bagus dan lain lain walhal audience kita sendiri yang tak dapat bezakan. Secara umumnya, ini asas kepada copywriting.

1- Masalah

2- Solusi

3- CTA

Sebagai contoh, anda penjual ‘baju kurung yang tak perlu digosok’.

Masalah baju kurung selalu berkedut nak kena gosok. Rasa malas.

Solusi: Produk kita menyelesaikan masalah ___

CTA : Untuk dapatkan boleh terus ke ___

Begitu ringkasan kerangka copywriting. Untuk lebih detail, ada beberapa tokoh copywriting pernah bercerita bagaimana copywriting yang bagus itu terhasil.

Boleh rujuk beberapa buku yang bagus:

1. Ogilvy On Advertising

2-Breakthrough Advertising

3- Hey, Whipple, Squeeze This: A Guide to Creating Great Ads

3 buku ini wajib kita baca untuk mahirkan diri dalam menulis copywriting.

Tambahan, ada satu isu yang berlaku dalam copywriting adalah copywriting Panjang atau pendek yang mana lebih bagus dan berkesan. Sebuah kajian telah dibuat untuk melihat mana yang lebih berkesan. Panjang 30% lebih tinggi jualan berbanding copywriting pendek.

Dan dilaporkan juga, copywriting yang berbentuk case study, customer story dan ‘how-type’ copywriting menghasilkan jualan lebih tinggi.

Ada satu shortcut untuk mereka yang ingin mendapatkan copywriting yang berkesan iaitu bersembang dengan orang yang menjadi pembeli. Pembeli mempunyai customer journey mereka sendiri.

1- Call mereka
2- Tanyakan soalan
3- Tulis copywriting

Senang kan? Tapi bukan semua ada masa dan boleh menulis.

Jadi bermula hari ini, silakan menulis copywriting untuk bisnes anda. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini membantu sedikit sebanyak bisnes tuan puan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *