Servis Google Ads | Tips Penting Google Ads

Ini perkara wajib anda baca sebelum ambil servis Google Ads

Senarai Soalan Tentang Servis Google Ads

Apa itu SEM @ Google Ads?

SEM adalah Search Engine Marketing (pemasaran berbayar search engine) di mana tuan puan boleh menggunakan pengiklanan dalam talian secara berbayar. Enjin carian terkenal masakini tentunya Google. Jika tuan puan ingin naikkan jenama bisnes di halaman Google, boleh guna iklan Google atau dahulunya dipanggil Google Adwords.

Apa beza Google Ads dengan SEO

Google Ads merupakan pemasaran berbayaran di mana tuan puan bayar kos iklan untuk berada di halaman pertama Google manakala SEO pula secara organik. Jika tuan puan mahu pulangan jangkamasa pendek, lebih bagus fokus pada strategi Google Ads.

Bagaimana SEM @ Google Ads berfungsi

Dalam kes pemasaran Google, SEO berfungsi dengan cara tuan puan upload website konten, lakukan optimization lalu Google index dan rank.

Manakala SEM ibarat jalan pintas tak perlu tunggu lama. Tuan puan bayar untuk kempen Google Ads dan boleh berada di paparan SERP.

Cara Nak Kenal itu Google Ads atau Organik

Ada icon tulisan ‘ads’ di tepi headline website yang terpapar di SERP.

Bagaimana nak pastikan servis Google Ads tu bagus

Untuk pastikan Google Ads service provider itu bagus atau tidak, biasakan dengan tanya beberapa soalan. Antaranya mengenai track record, pengalaman urus, jenis client.

  • Track record untuk lihat berapa besar akaun yang dikendalikan
  • Pengalaman: berapa tahun berkecimpung dalam industry ini
  • Jenis client: Setiap orang ada kepakaran sendiri.

Yang penting faham apa objektif yang tuan puan perlukan.

Apa yang biasa Google Ads Consultant offer dalam servis

Biasanya Google Ads consultant akan memberikan tawaran seperti:

  1. Lead Generation Services iaitu fokus kepada lead. Team sales tuan puan akan uruskan bahagian sales.
  2. Sales iaitu sepenuhnya bergantung kepada pengurusan akaun Google Ads.

Freelancer Google Ads or Agency

Ada kelebihan dan kekurangan di sini.

Freelancer tentu lebih fleksibel dan murah berbanding agensi. Namun, anda harus pandai mencari freelancer yang bagus dan ada pengalaman.

Agensi bagus dari sudut pengurusan pelanggan. Anda akan diberikan account manager dan ada pemantauan dari masa ke semasa.

Berapa kos buat Google Ads

Kos Untuk Google Ads bergantung kepada bid dan juga penilaian website anda. Itu yang kita panggil Quality Score (Skor Kualiti). QS tinggi bermaksud kos dikenakan juga biasanya tidak mahal. Tambahan ia bergantung kepada Kata Kunci Google Ads (Keyword Research), Bidding Setting (Tetapan Bidding) dan beberapa faktor lain yang ada dalam proses pengoptimuman iklan.

Kalau prestasi tak bagus, bagaimana?

Minta review dan perbaiki prestasi akaun tersebut. Jika dalam tempoh 1-2 bulan tidak berubah, boleh terus hentikan servis. Ini contoh prestasi Google Ads client kami.

Kenapa kena buat Google Ads

3 sebab kenapa perlu buat Google Ads:

  • Pengguna Google Ads lebih tinggi intensiti untuk membeli (ready buyer)
  • Google Ads cas bayaran berdasarkan klik bukan impression atau view.
  • Google ads 2-3 kali lebih murah berbanding Meta Ads & 4 kali murah berbanding Linkedin.
  • Paling menarik, tuan puan boleh buat Penargetan Semula (Retargeting) kepada semua orang yang pernah masuk web tersebut.

Google Ads vs Social Media

Setiap platform ada kelebihan dan kepentingan untuk pengguna di touchpoint masing masing. Tak perlu bandingkan yang mana lebih bagus.

Cara nak cari freelancer atau agency untuk Google Ads

Boleh cuba di Twitter atau Facebook. Biasanya talent ramai di Twitter. 

Di Linkedin lebih pada formal position.

Kalau tidak ada web, boleh run google ads?

Boleh. Guna sahaja website by canva, facebook instagram. Cuma rugi tuan puan tak boleh pasang tracking dan remarketing nanti.

Tuan ada sediakan pakej Google Ads?

Ada. Cuma saya sediakan pakej servis Google ads fokus lead generation sahaja.

  • Setup Ad Account : RM2500
  • Maintenance bulanan: Start from RM800

Makin complex account spent, tentu charge dikenakan juga berlainan.

Kalau spending ads pun kecil, biasanya begitulah. 

Jika berminat boleh hubungi saya dengan ketik di sini.