Pakar SEO & SEO Agency ramai di luar sana

Tapi sebelum anda pergi kepada mereka, jemput baca tips seo ikhlas dari saya.

Sebelum kita nak ambil khidmat pakar pemasaran yang terkenal dengan mana mana teknik SEO, jemput baca dahulu senarai soalan mengenai servis SEOPerkongsian ini saya tulis hasil pengalaman uruskan iklan lebih jutaan ringgit milik pelbagai syarikat & rank SEO lebih 20 website. 

Artikel disediakan oleh Faiz Azizan.

Senarai Soalan Mengenai Servis SEO

Apa itu SEO

SEO adalah singkatan dari Search Engine Optimization atau dalam bahasa Malaysia ia merujuk kepada Pengoptimuman Enjin Carian. Menurut Faiz Azizan, SEO terbahagi kepada 4 juzuk penting:

  • Onpage SEO (SEO Pada Halaman) : Bina SEO dengan konten yang dioptimalisasi
  • Offpage SEO (SEO Luar Halaman): Tingkatkan backlink dengan website
  • Technical SEO: Melakukan perubahan dari sudut website
  • Local SEO; Memberikan pelanggan maklumat dan lokasi bisnes kita

Apa Maksud SERP

SERP adalah Search Engine Result Page (Halaman Hasil Enjin Carian). Ia keluar apabila anda melakukan hasil carian di Google.

Apa yang dimaksudkan dengan Servis SEO

Servis SEO adalah servis berkaitan search engine optimization (SEO) yang disediakan oleh mana mana pakar SEO atau penyedia khidmat SEO tersebut.

Kenapa servis untuk SEO mahal?

Servis SEO mahal berikutan SEO melibatkan banyak perkara campuran seperti membina website menggunakan kemahiran front end HTML CSS JS manakala untuk analisis tertentu perlu gunakan Python. Banyak perkara perlu dikuasai satu masa untuk membangunkan seo secara efektif.

Kalau tulis artikel seo sahaja tanpa servis optimization lain tentunya murah.

Apa yang ditawarkan dalam tren SEO terkini tahun 2024?

Tren SEO masih sama walaupun wujudnya Generative AI iaitu perkara asas iaitu penulisan servis artikel seo dan full 360 services. Boleh cuba untuk lihat mana mana pakar seo yang sediakan dua servis ini.

Beza SEO & SEM

SEO adalah Search Engine Optimization manakala SEM pula adalah Search Engine Marketing. Beza ketara dua ini adalah SEO adalah paparan secara percuma di halaman Google manakala SEM adalah shortcut untuk berada di paparan Google dengan bayaran per klik.

Mana yang terbaik SEO atau SEM?

Pilihan yang terbaik antara SEO atau SEM sebenarnya adalah buat dua-dua. Bagi 3 sebab kenapa kena buat SEO dan SEM secara serentak

Jika anda nak bina SEO, tentunya proses mengambil masa nak menulis konten, masa nak optimize, masa nak fix, masa google nak index. Dianggarkan ranking boleh seawal 6-8 bulan. Paling awal.  Di sinilah gunanya SEM (Google Ads). Anda bayar pay per click untuk berada di top page. Apabila brand anda sudah kuat dan SEO dah rank, boleh pilih untuk off SEM.

Di sini kita kena bijak memilih pendekatan sesuai untuk bisnes kita.

Dah pernah buat web, tahu sedikit sebanyak. Boleh bantu?

Kalau pernah buat, tuan fokus kepada onpage SEO dan product page optimization pula. Kemahiran buat website berbeza dengan kemahiran SEO. Search Engine Optimization (SEO) lebih fokus kepada pemasaran kandungan dan melihat kedudukan Google sesebuah website.

Apa strategi SEO yang biasa digunapakai

Biasanya pakar SEO akan mulakan dengan melakukan web audit SEO terlebih dahulu kemudian melakukan penyelidikan kata kunci (keyword research). Lalu kita akan fokus pada bahagian on-page dan off-page SEO seterusnya teknikal SEO & local seo. Paling penting, kami tidak menggunakan blackhat method yang mampu menjejaskan website itu sendiri.

Cara Pilih Agensi SEO

Nak pilih sebenarnya satu perkara yang sukar tapi saya kongsikan tips cara memilih agensi SEO:

#1- Lihat portfolio

#2- Lihat apa stack yang digunapakai

#3- Consult & Web Audit dulu sebelum terus langgap apa apa pakej servis SEO.

Saya ada tulis juga mengenai siapa yang sesuai menggunakan SEO : Industri Yang Wajib Guna SEO

Apa yang kita kena faham pasal SEO & Work scope SEO

Yang penting mengenai SEO adalah ada beberapa asas yang kita kena faham. 

    • Onpage: Segala berkaitan konten atau topic yang kita tulis di website.
    • Offpage: Building backlink for reaching more people
    • Technical: Meningkatkan keupayaan website 
    • Local Pack (Map): Memudahkan carian pengguna ke lokasi

Berapa bisnes saya boleh dapat dengan guna SEO ?

Kiraan mudahnya: Berapa average harga produk/servis tuan x conversion rate. Itulah dia yang bakal tuan dapat.

Kalau tuan puan sebulan spend RM2 untuk 1 klik sebulan dapat 5000 klik 

Maksudnya sebulan belanja di ads sudah RM10k kan, setahun RM100k.

Kenapa nak buat SEO sebab sekarang dah ada social media?

Game SEO dan social media dua hal berbeza. Sebenarnya kita kena jelas apa the whole marketing effort yang kita letakkan.

Untuk jelaskan hal ini dia berkait dengan customer touch point.

Berapa lama boleh rank?

Tengok atas competitiveness and effort yang kita letakkan. Paling awalnya purata dalam 10 bulan minimum. Tapi ada yang saya pernah urus rank seawal 1-2 bulan. 

Okay saya nak buat sendiri, tuan mahal sangat sampai puluh ribu. Beritahu saya apa tools yang digunapakai untuk SEO

Boleh sahaja. Ini senarai tools SEO wajib ada.

  • Keyword research tools: Semrush, Ahref, KWfinder, Keyword Planner.
  • Competitors analysis: Python Ahref
  • Web Audit: Python, Screaming Frog

Boleh guna AI untuk artikel SEO?

Saya sendiri telah uji test publish lebih 120+ artikel menggunakan Ai untuk artikel SEO. Malangnya nak index pun susah.6/120 artikel sahaja lepas indexed.

Kalau ada orang kata kerja SEO sekadar tulis artikel guna Ai dan paste dekat website. Tuan boleh cuba lamar dia can minta share web case study. Itu belum part fikir risiko lagi. Ibarat macam tuan puan pergi kolej, buat assignment copy paste dari Internet.

Hantar dekat lecturer, lecturer check, lepas. Tapi possible tak bila akan datang lecturer guna Turnitin before final submission dan tuan puan sangkut kena buat assignment tersebut lagi sekali?

Tentulah kena reject. 

Bila melibatkan bisnes, harus difikir risiko bukan kemahuan sendiri sahaja.

Anggaran kos untuk setahun develop SEO sekurang-kurangnya. RM30,000.

Ada yang kata SEO ini tulis artikel sahaja sudah cukup. Ya seo ada 4 juzuk, yang kata tulis artikel sudah cukup 1 betul dalam 1 juzuk. Tulis artikel dalam RM300 ke atas boleh dapat. Lagi 3 juzuk SEO bagaimana pula?

Lagi 3 juzuk iaitu off-page (melibatkan backlink), technical seo (melibatkan web optimization) dan local pack seo (melibatkan map optimization).

Bagaimana nak pilih SEO specialist di Malaysia yang sesuai?

5 tanda aras jika tuan puan nak cari SEO Specialist di Malaysia andai mahukan result yang memuaskan. Saya andaikan tuan puan tiada masalah dengan bajet.

  • Pengalaman: Sebaiknya 5 tahun pengalaman kerana bawah 5 tahun masih junior.
  • Case Study: Minta case study setidaknya 5 case study niche berbeza supaya boleh melihat kefleksibiliti dalam bekerja.
  • Harga: Harga tentulah harus fair dengan quotation. Tuan puan minta quotation dan plan, nanti seo specialist akan berikan harga
  • Teknik yang digunapakai: Adakah blackwhite atau blackhat?
  • Agency atau freelancer: Ada pro cons agency freelancer ni sebenarnya. 

Freelancer: Mode bebas bekerja tetapi mungkin berterabur sedikit.

Agency: Lebih sistematik tetapi hasil belum tentu, bayaran mahal sudah pasti.

Kalau saya takda website, boleh buat ke SEO?

Secara tidak formal, boleh. Secara formal, kurang disarankan. 

Google SEO vs Tiktok SEO vs Facebook SEO

Google, Tiktok & FB lain permainannya. SEO terpakai untuk semua tetapi berbalik kepada game apa yang kita perlu perform. Tentulah di tempat paling banyak pelanggan melakukan carian.

Ada orang offer servis seo murah saya jumpa?

Offer harga servis murah perkara biasa dalam bisnes. Yang penting kena selidik. Murah tak bermaksud teruk, mahal tak bermakna bagus dan vice versa.

Ada beberapa dalam seo perlu kita tanya bila melibatkan harga.

Kenapa agency seo letak harga mahal?

Sebab mereka ada overhead cost.

Kenapa seo freelancer letak harga sedikit rendah?

Sebab mereka kurang overhead untuk cover

Kalau kita nak sangat dengan murah, ramai dah terkena bila website mereka kena blacklist dengan Google terus tak keluar di halaman.

Berapa ramai yang kena cas puluhan ribu sebulan, apabila ditanya apa dapat;

  • Tak dapat konten
  • Tak dapat audit
  • Tak dapat teknikal support
  • Tak dapat reporting

Orang kita banyak duit tapi suka melabur tak tentu hala. Kemudian merungut salahkan orang padahal dia tak selidik betul betul.

Apa cara penyedia servis seo tu guna?

Kalau dia kata rahsia, teknik seo terlarang, shortcut cepat rank dengan petik pelbagai technical word dan sebagainya, elok berhati-hati dari perjudikan website tuan puan.

Kalau penyedia servis seo tersebut kata beliau lebih utamakan proses secara profesional, structured method, whitehat biasanya ini lebih selamat.

Biar lambat sedikit ambik servis tak mengapa, asalkan kita dapat full information. Tuan puan labur puluh ribu ke ratus ribu setahun tetiba terpengaruh dengan emosi nak cepat kaya atau FOMO. Tidak ke rugi. Sayangilah duit anda.

Boleh tak saya nak belajar SEO kemudian buat sendiri?

Nak belajar kemudian buat ini boleh tetapi kena rujuk semula apa objektif kita.

Kalau projek sendiri, nak belajar then buat tiada masalah kerana risiko pun tiada.

Tapi kalau bisnes secara serius, tuan puan perlukan pakar seo untuk menguruskan hal berkaitan SEO.

Semuanya berbalik kepada objektif tuan puan.

Ambil servis seo sebab nak naikkan bisnes untuk jangka masa panjang.

Mindset di sini: Long term gameplay bukan short term.

 

Tuan ada buat pakej SEO atau servis tulis artikel?

Ya. Saya ada menyediakan servis SEO yang full 360 dan juga servis tulis artikel