Servis Penulisan Artikel SEO & Copywriting FB Ads

Bermula sebagai penulis sejak tahun 2014, media startup pertama yang saya join up ketika itu sebagai Digital Marketer di Semuanyabola. Pada masa yang sama, penulisan pertama saya disiarkan oleh Majalah Bola Sepak terkenal waktu itu iaitu Four Four Two.

Selepas itu, artikel saya pernah/selalu disiarkan:

1- The Vocket

2- MajalahLabur

3- Teroqa

4- InvestorMY (self-owned)

5- FoxSport

6- My Two Cents

7- The Outlook Asia

8- Semuanyabola

Menjadi penulis dan technical marketer yang berpengalaman lebih 6 tahun memberikan saya kelebihan menulis berdasarkan prinsip pemasaran, conversion dan bergantung kepada objektif kempen.

Ayat mudahnya, “Kita tahu angle, penulisan bagaimana yang mampu mempengaruhi audience untuk kempen pemasaran selari dengan technical stuff “.

-FAIZ

Apa yang saya tawarkan kepada anda.

1- Servis Menulis Artikel SEO

Untuk SEO, servis yang saya tawarkan adalah penulisan artikel SEO On-Page. SEO sebenarnya ada (4) perkara:

  • SEO On-Page (Konten)
  • SEO Off-Page (Backlink Building)
  • SEO Technical (Related With Site Structure)
  • Local Citation

Apabila konten bisnes kita rank di Google, secara automatik brand kita nampak gah dan purchasing intention dari pelanggan yang search akan meningkat.

Untuk artikel SEO, saya meletakkan harga RM180-RM200 per artikel termasuk:

  • Penulisan 600 patah perkataan
  • Setting On-Page SEO
  • Keyword/Competitor Research

Setakat ini, pakej yang ada cumalah 5 artikel – RM750 & 10 artikel-RM1500 sahaja.

Jangan risau, anda inform sahaja bisnes anda/url web anda, nanti yang lain kami akan uruskan.

2- Servis Copywriting Iklan

Sejak 2011 menguruskan kempen pemasaran, sudah banyak kita lihat copywriting namun cuma ada beberapa angle copywriting sahaja yang mampu menarik jualan dengan berkesan. Saya share dengan jenis copywriting bagaimana yang berkesan.

Rahsianya ialah menulis copywriting dari sudut pandang seorang pelanggan. Caranya mudah saja, tuan puan telefon dengan pembeli, tanyakan soalan soalan kemudian baru mulakan copywriting customer story kita.

Tapi tuan puan busy kan? Urus bisnes dan sebagainya.

Ini yang saya nak offer sebenarnya.

Saya akan call sendiri pelanggan tuan puan, bercakap dengan mereka dan buat copywriting berdasarkan customer journey mereka. Sebenarnya nampak mudah tapi bukan semua orang boleh buat dari proses call pelanggan sampailah siap write up copywriting.

Bila tuan puan gunapakai copywriting customer story, pasti nampak perbezaan berbanding copywriting ‘typical’ di luar sana kerana yang ini more deeper.

Untuk copywriting iklan, saya cas begini:

1- Saya akan call sekurang-kurangnya 10 pelanggan anda.

2- Saya akan write up 20 copywriting dan submit pada anda.

3- Durasi masa: Kurang dari 15 hari siap semua.

Harga: RM1500 sahaja bergantung kepada slot kosong.


Harga sebenar: RM2000/20 set copywriting.

Team anda tinggal copy paste saja dan run ads terus. Tak perlu dah mereka fikirkan segala-galanya. Membantu kan?

Jadi kalau tuan puan berminat dengan mana mana servis penulisan saya, boleh terus hubungi admin dengan klik di sini.

Note: Untuk profile boleh tekan di sini.