FA ANALYTICS

Ini Senarai Servis Untuk Rujukan Anda

Servis Penulisan (Bahasa Melayu)

Penulisan Copywriting Untuk Anda Run FB Ads Campaign. Apa yang saya buat adalah:

  1. Kaji Selidik Produk Anda
  2. Telefon Pelanggan Anda
  3. Tulis Copywriting 

Rate: RM100/Set CW

Servis ini merangkumi:

  1. Kajian Keyword
  2. Content Research
  3. Setting SEO On-Page
  4. Write Up Artikel 500-600 word

Rate: RM150/artikel

Setakat ini video marketing yang terbaik biasanya datang dari marketer yang mempunyai genetik “marketing-driven”.

Setelah menghasilkan pelbagai video bersama syarikat syarikat tertentu untuk pemasaran mereka, maka terdetiklah buat servis menulis untuk video marketing.

Senang cerita, nak saya direct boleh. Nak tulis boleh. Nak shoot pun boleh. 

Terpulang atas bajet dan spec anda. Biasanya saya akan kaji dan lihat angle mana yang sesuai terlebih dahulu berdasarkan funnel marketing anda. 

Nak positioning diri sendiri orang hebat tapi taktahu bagaimana ?

Caranya dengan menulis konten daily yang power di media sosial.

Boleh ask for price terlebih dahulu.

Servis Pemasaran

SEO ini terbahagi kepada 4 perkara.

1) On-Page Content SEO

Untuk On-Page kebiasaanya, kita akan mengkaji keyword mana yang padan dengan bisnes anda. Kemudian research content akan dibuat. Apabila semuanya okay, proses menulis akan diteruskan dan artikel tersebut akan disesuaikan mengikut setting SEO-Onpage. Panjang artikel pula 500-600 patah perkataan.

2) Off-Page SEO

Off page SEO merujuk kepada perkara external seperti Link Building, DA, PA dan lain lain. Contohnya web A apabila menerima backlink dari blog yang sudah mempunyai DA tinggi, pastinya web A tadi mendapat backlink juice. Itu secara kasar sahaja. Ada pun begitu, banyak perkara perlu diambil kira dalam Off-Page. Jika tidak, blog akan jadi menjadi spammy. 

3) Technical SEO

Technical SEO banyak merangkumi hal seperti Website Optimization, Scraping, Search Console, Schema Mark-Up dan lain lain. Jika anda benar benar serius, boleh buat. Cuma itulah, berbalik kepada bajet sendiri. 

4) Local SEO

Pernah dengar Google My Business ? Platform percuma by Google. Sebenarnya GMB juga perlukan optimization supaya boleh reach lebih ramai orang. 

Ada 4 Jenis

  1. Google Ads Search
  2. Google Display Network
  3. Youtube Ads
  4. Google Shopping Ads

Kesemuanya adalah platform berbayar. Maksudnya, anda harus bayar apabila beriklan di Google. 

Kos setup dan menguruskan iklan lain pula ya. Jangan sekalikan sebab kos iklan anda akan bayar terus kepada Google menggunakan kad debit. 

Rate untuk Google Ads bermula dari RM1800/month bergantung atas keperluan. 

Jika nak setup sahaja kemudian anda jaga sendiri pun boleh. Sekitar Rm1200 sahaja. Tapi lepas setup, anda urus sendiri. 

Guna video marketing banyak kelebihan. Setakat ini, saya secara peribadi suka divide video kepada beberapa jenis bergantung kepada funnel marketing bisnes masing masing.

  1. Brand Awareness Video
  2. Educational Video
  3. Success Story Video 

Sebenarnya saya memang menyediakan pakej video marketing untuk mana mana syarikat yang mempunyai bajet lebih. 

Biasanya saya akan suggestkan video berdasarkan keperluan bisnes anda. Kalau tak perlu, tak usah bazir duit. 

Yang bestnya:

  • Saya akan write up story berdasarkan “funnel marketing level”
  • Saya akan direct sendiri bersama profesional video production

Dipendekkan cerita, lama berkecimpung, kita boleh agak video bagaimana yang membuah hasil, video bagaimana yang harus dihindari. 

Cuma itulah, harga video ini sekitar RM3000 untuk 1 video. 

Jika berminat untuk bulk, biasanya RM20,000 untuk 7 video. 

Servis ini merangkumi:

  1. Copywriting Ads Setiap Hari
  2. Run FB Ads
  3. Chatbot Marketing

Syarat:

  1. Anda perlu spend lebih RM10k sebulan
  2. Mampu membayar kontrak 6 bulan minimum.

Tetapi tak digalakkan melainkan anda benar benar ada bajet yang besar. Kebiasaannya saya akan menasihatkan supaya bisnes owner run sendiri untuk jimatkan kos. 

 

Website ini terbahagi (2) jenis:

  1. Ecommerce
  2. Corporate

Kalau tuan puan nak jimat, gunakan Shopify atau ready made platform di luar sana. Harga bina web di sini bermula dari RM3000.

Task begini kebiasannya kita akan charge berdasarkan per hour rate. 

Jadi seperti biasa, kalau perkara ini tak perlu dan boleh buat sendiri, better buat sendiri. 

Jimat.

Disclaimer:

  1. Biasanya saya akan tanya mengenai bisnes tuan puan dahulu.
  2. Bukan semua bisnes akan saya serve. Niche yang saya tidak tahu saya mungkin tolak dan rekemenkan orang lain yang lebih pakar.
  3. Saya belum minat self-claim pakar, sifu dan sebagainya. Panggil saya Faiz, cukup.
  4. Kalau tak puas hati, boleh ajukan terus. Asalkan pertanyaan yang relevan.
  5. Untuk projek yang memerlukan meetup, better meetup via zoom/skype.
  6. Biasanya saya akan tengok bisnes puan dahulu, consult apa yang patut baru saya berikan harga. Kalau tuan puan nak proceed, silakan. Kalau tidak, tak mengapa tiada jodoh. 

Murah dan mahal ini subjektif. 

Pernah seorang client bagi task kepada seorang pekerja. Taks tersebut tak dapat dibuat lebih seminggu kemudian menyerah. Apabila outsource kepada seorang yang expert, ta sampai 10 minit siap Bayaran ? Yang buat 10 minit dibayar lebih mahal kerana menyelesaikan masalah.

Situasi ke-2, saham Apple sekarang dinilaikan dengan nilai trillion. Andaikata Tim Cook datang pada anda dan menjual 100% Apple dengan nilai $1 juta sahaja. Adakah itu mahal atau murah ?

Begitulah maksud mahal murah. Apa pun tepuk dada tanya selera. 

Jika bahasa yang saya gunakan agak kasar, minta maaf kerana saya cuma bercakap berdasarkan kemahiran dan pengalaman kerja. 

Boleh rujuk profile dengan tekan “sini”.

Portfolio 2014-2019

Jangan Gusar, Boleh Tanya Pendapat Dahulu

Silakan Hubungi Mana Mana Channel Di Bawah. Minta Anda Perkenalkan Diri Terlebih Dahulu Ya